KUCING PARVO BOLEH KE DUDUK CAT HOTEL?



Soalan ni selalu buat owner serba salah. Kucing yang kena parvo biasanya sangat lemah, cirit, muntah dan sistem imun dia jatuh teruk. Masalah paling besar bukan setakat keadaan kucing tu sendiri, tapi risiko jangkitan kepada kucing lain. Parvo boleh merebak melalui najis, tapak kaki, sangkar, bekas makan malah tangan manusia. Sebab tu kebanyakan cat hotel tak benarkan kucing parvo check-in, walaupun kucing nampak dah mula ok.

Untuk kucing yang sedang atau baru pulih dari parvo, tempat paling selamat ialah rawatan veterinar atau kuarantin khas. Jangan sesekali campur dengan kucing sihat. Pastikan kebersihan sangat dijaga dan beri masa untuk kucing betul-betul stabil sebelum fikirkan boarding. Langkah ni penting bukan untuk menyusahkan, tapi untuk lindungi nyawa kucing lain juga.

Di Meow Hero Family, kami sangat tegas tentang SOP kesihatan. Kucing berisiko parvo tak akan diletakkan bersama kucing lain demi keselamatan semua. Jika perlukan nasihat, pengasingan selamat, atau pet taxi ke klinik, kami sedia bantu dengan cara yang bertanggungjawab dan beretika.



Happier & Healthier Meow Start With Us.



Categories: Article

Browse by categories