Kucing Jilat Badan Sampai Botak, Apa Puncanya?


“Eh, kenapa bulu dia makin nipis kat situ?”
Ramai owner mula perasan tompok botak muncul bila kucing kerap jilat badan tanpa henti. Masalahnya, ini bukan sekadar tabiat biasa. Jilat berlebihan selalunya tanda kucing tak selesa atau sedang alami masalah kesihatan. Ia boleh berpunca daripada stres, alahan makanan, kutu, jangkitan kulit atau rasa sakit yang owner tak nampak dengan mata kasar.

Kalau dibiarkan, kulit boleh jadi merah, luka dan mudah dijangkiti bakteria. Langkah awal, periksa kebersihan bulu, tukar makanan jika perlu dan kurangkan faktor stres di rumah. Elakkan potong atau rawat sendiri tanpa tahu punca sebenar. Jika tompok botak makin besar atau kucing nampak gelisah, pemeriksaan profesional sangat disarankan.

Di Meow Hero Family, kami biasa kesan tanda awal masalah kulit semasa grooming dan penjagaan harian. Kami akan maklumkan owner jika ada perubahan pelik pada bulu atau kulit. Sama ada grooming berhemah, pemantauan di cat hotel atau pet taxi ke klinik, kami sentiasa utamakan keselesaan dan kesihatan kucing anda.


HAPPIER & HEALTHIER MEOW START WITH US
Categories: Cat Guide

Browse by categories