Kucing Tak Nak Makan Lebih 24 Jam, Bahaya Ke?


“Semalam dia makan sikit je… hari ni langsung tak sentuh makanan.”
Ayat ni cukup buat ramai owner mula gelisah. Bila kucing tak nak makan lebih 24 jam, itu bukan perkara remeh. Kucing boleh cepat lemah, dehidrasi dan berisiko alami masalah hati jika dibiarkan terlalu lama. Lebih membimbangkan, kucing selalunya sorok sakit, jadi bila dia berhenti makan, itu selalunya tanda ada sesuatu yang tak kena.

Puncanya boleh jadi banyak. Stres akibat perubahan persekitaran, sakit gigi, masalah perut, jangkitan atau demam. Ada juga kucing yang mogok makan lepas grooming kasar atau bila rutin harian terganggu. Langkah awal, pantau air minum, perhatikan tingkah laku dan elakkan paksa makan. Jika lebih 24 jam masih sama atau kucing nampak lesu, segera dapatkan bantuan profesional.

Di Meow Hero Family, kami sentiasa peka dengan perubahan selera makan kucing, sama ada semasa grooming atau boarding. Setiap kucing dipantau rapi supaya tanda awal masalah boleh dikesan. Jika anda perlukan pemerhatian selamat, penjagaan sementara atau pet taxi ke klinik, kami sedia bantu demi kesihatan si bulus anda.



HAPPIER & HEALTHIER MEOW STARTS WITH US
Categories: Cat Guide

Browse by categories