Ramai owner terkejut bila kucing jantan buat macam ni, siap peluk tangan dan gigit seolah-olah sedang mengawan. Ini sebenarnya tingkah laku hormon, bukan kucing nak bergurau. Selalunya berlaku pada kucing jantan yang belum dimandulkan, bila nafsu mengawan tinggi tapi tak ada saluran yang sesuai.
Kalau dibiarkan, kucing boleh jadi makin agresif, stres dan tabiat ni boleh berulang. Langkah awal, hentikan sentuhan bila kucing mula overstimulated, jangan biar tangan jadi “objek”. Sediakan mainan khas untuk lepaskan tenaga dan pertimbangkan neuter sebagai solusi jangka panjang kerana ia bantu stabilkan hormon dan tingkah laku.
Di Meow Hero Family, kami biasa berdepan kes kucing jantan dengan tingkah laku hormon semasa grooming atau boarding. Kami akan kenal pasti tanda awal, urus dengan teknik yang selamat dan maklumkan kepada owner untuk langkah seterusnya. Jika perlukan nasihat, penjagaan terkawal atau pet taxi ke klinik, kami sedia bantu supaya kucing dan owner sama-sama selesa.
-Happier & Healthier Meow Starts With Us-
Categories:
Article