“Semalam cirit… hari ni masih sama.”
Ramai owner anggap cirit perkara biasa, tapi bila kucing cirit berhari-hari, itu bukan isu kecil. Kucing boleh cepat dehidrasi, lemah dan hilang selera makan. Lebih bahaya bila najis cair berbau kuat, berdarah atau kucing mula menyendiri. Selalunya ini tanda masalah perut, jangkitan, parasit, makanan tak sesuai atau stres yang berpanjangan.
Kesilapan biasa owner ialah tunggu kucing pulih sendiri. Hakikatnya, makin lama dibiarkan, makin tinggi risiko komplikasi dalaman. Langkah awal, pantau air minum, elakkan tukar makanan secara mengejut dan jaga kebersihan litter box. Jika cirit lebih 2 hari atau kucing nampak lesu, tindakan segera sangat penting sebelum keadaan jadi serius.
Di Meow Hero Family, kami peka dengan perubahan najis dan tingkah laku kucing semasa grooming atau boarding. Jika ada tanda mencurigakan, owner akan terus dimaklumkan. Kami juga sediakan pet taxi ke klinik supaya rawatan boleh dibuat cepat, sebelum kucing kehilangan peluang untuk sembuh.
HAPPIER & HEALTHIER MEOW START WITH US
Categories:
Cat Guide