“Dulu ok je guna litter box, tiba-tiba sekarang kencing merata.”
Bila jadi macam ni, ramai owner terus anggap kucing degil atau buat perangi. Hakikatnya, kencing merata selalunya bukan sengaja. Ia boleh jadi tanda kucing sedang sakit, stres atau tak selesa. Antara punca biasa termasuk jangkitan saluran kencing, masalah pundi kencing, sakit ketika kencing, atau perubahan persekitaran yang buat kucing tertekan.
Kalau kucing sakit, dia mungkin kaitkan litter box dengan rasa sakit, sebab itu dia elak dan cari tempat lain. Kesilapan biasa ialah marah atau tukar litter tanpa kenal pasti punca sebenar. Langkah terbaik ialah perhatikan kekerapan kencing, bau air kencing, dan tingkah laku kucing. Jika kencing merata berterusan atau disertai tanda lain seperti kerap ke litter box, mengiau kesakitan atau kurang makan, tindakan segera sangat penting sebelum keadaan jadi lebih serius.
Di Meow Hero Family, kami peka dengan perubahan tabiat kucing semasa grooming dan boarding. Jika ada tanda kencing tak normal atau stres, owner akan terus dimaklumkan. Kami juga sediakan pet taxi ke klinik supaya kucing boleh dapat rawatan awal, sebelum masalah kecil bertukar jadi ancaman kesihatan.
"HAPPIER & HEALTHIER MEOW STARTS WITH US!"
#KucingSakit #KesihatanKucing #MasalahKucing #PenjagaanKucing #CatHealth #CatCareTips #KucingKencingMerata #MasalahKencingKucing
#KucingTakSihat #CatUrinaryProblem #KucingStress #TandaKucingSakit #MeowHeroFamily #CatHotelSelayang #CatHotelSelangor
#CatHotelKL #CatGrooming #HotelKucing #PetTaxiKucing