Kutu Pada Kucing: Masalah Kecil Yang Boleh Jadi Bahaya



Ramai owner anggap kutu hanya masalah biasa pada kucing. “Setakat gatal je kot.” Tapi hakikatnya, serangan kutu yang teruk boleh membawa kesan serius kepada kesihatan kucing. Kutu menghisap darah kucing setiap hari. Jika jumlahnya terlalu banyak, kucing boleh mengalami anemia (kekurangan darah), badan menjadi sangat lemah dan dalam kes tertentu boleh membawa kepada kematian, terutamanya pada anak kucing atau kucing yang sudah lemah.

Selain itu, kutu juga boleh membawa bakteria dan parasit lain yang menyebabkan jangkitan kulit, luka akibat garu berlebihan dan penyakit dalaman. Kucing yang dijangkiti kutu biasanya akan kerap menggaru, menggigit bulu sendiri, gelisah dan kadang-kadang bulu mula gugur di kawasan tertentu.

Sebab itu masalah kutu tak boleh dipandang ringan. Pemeriksaan bulu secara berkala, kebersihan persekitaran dan rawatan awal sangat penting untuk mengawal pembiakan kutu sebelum ia menjadi lebih teruk.

Di Meow Hero Family, kebersihan dan pemeriksaan kutu adalah antara perkara utama semasa grooming dan penjagaan kucing di hotel. Jika terdapat tanda kutu atau masalah kulit, owner akan terus dimaklumkan supaya tindakan boleh diambil segera. Dengan penjagaan yang betul dan rawatan awal, risiko masalah kesihatan serius akibat kutu dapat dielakkan.


#KutuKucing #MasalahKutu #KesihatanKucing #CatFleas #PenjagaanKucing #CatHealth #InfoKucing #CatOwnerMalaysia #MeowHeroFamily
#CatHotelKL #CatGrooming #HotelKucing

Categories: Cat Guide

Browse by categories