Kenapa Kucing Tidak Mahu Makan? Ini Antara Punca Yang Perlu Pawrents Tahu


Sebagai pawrents, tentu anda akan mula risau apabila si bulus yang biasanya berselera tiba-tiba tidak mahu makan. Walaupun ada kalanya ia hanya berlaku untuk seketika, kehilangan selera makan juga boleh menjadi petanda bahawa ada sesuatu yang tidak kena.

Antara punca yang sering berlaku ialah:

  • 1) Stres atau perubahan persekitaran, seperti berpindah rumah atau kehadiran haiwan baharu.
  • 2) Makanan sudah tidak segar atau kucing mula bosan dengan diet yang sama.
  • 3) Masalah kesihatan, seperti sakit gigi, demam atau gangguan penghadaman.
  • 4) Penyakit tertentu yang memerlukan pemeriksaan oleh doktor veterinar.


Jika kucing masih aktif dan kembali makan selepas beberapa jam, kebiasaannya ia tidak membimbangkan. Namun, jika si bulus tidak makan melebihi 24 jam, kelihatan lesu, muntah atau menunjukkan perubahan tingkah laku, segeralah bawa ke klinik veterinar. Kucing yang tidak makan terlalu lama berisiko mengalami masalah kesihatan yang lebih serius.

Di rumah, pastikan makanan sentiasa segar, bekas makan dan minum dibersihkan setiap hari serta air minuman sentiasa mencukupi. Langkah-langkah kecil ini boleh membantu merangsang selera makan kucing.

Di Meow Hero Family, setiap kucing yang menginap akan dipantau termasuk pengambilan makanan harian. Sekiranya kami mendapati si bulus kurang makan atau menunjukkan perubahan yang luar biasa, pawrents akan dimaklumkan dengan segera supaya tindakan yang sewajarnya dapat diambil.

Nak boarding kucing di hotel yang selamat sekitar KL, Gombak & Batu Caves? Tekan di sini ----> MEOW HERO FAMILY HOTEL & GROOMING

Categories: Cat Guide

Browse by categories