Kucing Tak Mahu Makan Selepas Boarding, Normal Ke? Ini Yang Pawrents Perlu Tahu


Selepas mengambil si bulus pulang dari cat hotel, ada pawrents yang mula risau apabila mendapati kucing mereka kurang berselera atau langsung tidak mahu makan. Persoalannya, adakah ini perkara yang normal atau petanda bahawa kucing sedang sakit?

Berita baiknya, ya, keadaan ini boleh berlaku dan selalunya hanya bersifat sementara. Kucing ialah haiwan yang sangat sensitif terhadap perubahan rutin dan persekitaran. Selepas beberapa hari berada di tempat baharu, mereka mungkin memerlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri semula apabila pulang ke rumah.

Kenapa Kucing Kurang Berselera Selepas Boarding?


1. Masih menyesuaikan diri
Perubahan suasana, bunyi dan rutin harian boleh membuatkan sesetengah kucing mengambil masa untuk kembali selesa.

2. Keletihan selepas perjalanan
Perjalanan pulang dan perubahan persekitaran boleh menyebabkan kucing ingin berehat terlebih dahulu sebelum makan seperti biasa.

3. Sedikit stres
Walaupun dijaga dengan baik, setiap kucing mempunyai tahap penerimaan yang berbeza terhadap persekitaran baharu.

Apa Yang Boleh Pawrents Lakukan?

a) Sediakan makanan kegemaran mereka.
b) Pastikan air minuman sentiasa bersih dan mencukupi.
c) Beri ruang untuk berehat tanpa terlalu banyak gangguan.
d) Kekalkan rutin makan seperti biasa dan elakkan menukar makanan secara mengejut.

Bila Perlu Risau?

Jika kucing tidak makan melebihi 24 jam, kelihatan lesu, muntah, cirit-birit atau menunjukkan perubahan tingkah laku yang ketara, segeralah bawa ke klinik veterinar untuk pemeriksaan. Lebih cepat masalah dikenal pasti, lebih baik peluang untuk mendapatkan rawatan yang sesuai.

Di Meow Hero Family, setiap kucing dipantau sepanjang tempoh boarding termasuk selera makan, tingkah laku dan keadaan fizikal mereka. Kami juga memberikan update berkala kepada pawrents, supaya anda sentiasa tahu keadaan si bulus walaupun berjauhan.

Untuk inquiry boleh tekan link di sini ----> MEOW HERO FAMILY HOTEL & GROOMING

Categories: Cat Guide

Browse by categories